• HOME
  • REFLEKSI
  • TUGASAN
  • BIODATA

Refleksi  minggu pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu pertama ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar iaitu Dr. Siti Fatimah dan tidak lupa juga kepada Dr. Fariza sebagai penyelaras kursus GE1155 komputer dalam pendidikan. Semasa minggu pertama saya diajar untuk mendaftar laman weebly. Dr Siti Fatimah telah memberikan arahan kepada saya dan rakan-rakan untuk mendaftar weebly tersebut. Seterusnya kami  diberi penerangan yang lengkap tentang pengguna weebly untuk membuka akaun  weebly tersebut. Selain itu, saya dikehendaki membina satu blog sendiri. Di samping itu, Dr. Siti Fatimah telah memperkenalkan googledrive kepada saya dan rakan-rakan. Sebelum ini saya tidak tahu apa itu googledrive dan cara untuk menggunakannya. Setelah menyertai kursus ini, baru saya sedar bahawa semua yang diajar oleh Dr. Siti Fatimah banyak membantu  saya dalam menjalani kehidupan seharian dan memudahkan saya untuk membuat tugasan yang diberi bukan sahaja dalam kursus ini tetapi untuk kursus-kursus lain. Saya berharap dengan mengikuti kelasa ini saya dapat meningkatkan kemahiran dan menambah pengetahuan saya dalam bidang IT dan semoga segala ilmu yang saya dapat di kelas ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk orang lain. 
Sekian, Terima kasih.


Refleksi  minggu  kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu kedua ini, Dr. Siti Fatimah  meminta kami untuk membuka gmail. Kami dikehendaki untuk menggunakan nama formal bagi memudahkan urusan pengunaan akaun gmail ini nanti. Selain itu, kami perlu membuat signature di bahagian tetapan sebagai pengenalan diri kami. Signature tersebut perlulah mengandungi nama penuh, no. kad metrik, bidang, fakulti serta nombor telefon. Seterusnya menghantar kepada email  Dr. Siti Fatimah. Seterusnya, Dr. Siti Fatimah memperkenalkan goggledrive dan dropbox kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. 
goggledrive dan dropbox berfungsi sebagai backup file jika berlaku kerosakan kepada komputer ataupun kehilangan maklumat seperti pendrive dan hardisk. Di samping itu, goggledrive dan dropbox juga membolehkan kita untuk berkongsi fail dengan orang lain secara atas talian.
Sekian, Terima kasih.


Refleksi minggu ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu ketiga ini, saya dan rakan-rakan diperkenalkan oleh Dr. Siti Fatimah tentang LMS dan CMS. Sistem pengurusan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai "Learning Management System" (LMS). Merupakan perisian yang mentadbir acara latihan secara automatik. Kesemua “Learning Management Systems” (CMS) mengurus log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.  Seterusnya "Content Management System" (CMS) ialah sebuah sistem yang memberikan kemudahan kepada para penggunanya dalam mengelola dan mengadakan perubahan isi sebuah website tanpa sebelumnya dibekali pengetahuan tentang hal-hal yang bersifat teknis. Dengan demikian, setiap orang, penulis maupun editor, setiap saat dapat menggunakannya secara leluasa untuk membuat, menghapus atau bahkan memperbaharui isi website tanpa campur tangan langsung dari pihak webmaster. Di samping itu, penggunaan CMS juga bermacam-macam antaranya, mengelola website pribadi atau lebih dikenal dengan blog, mengelola website perusahaanm atau bisnes, portal atau website, galeri foto, forum, aplikasi E-Commerce dan lain-lain. 
Sekian, Terima kasih.
 

Refleksi minggu keempat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu keempat ini, Dr. Siti Fatimah telah mengajar kami cara untuk membina gooogle form dan cara penggunaan google form tersebut. melalui google form ini kami harus membina soalan dan dikongsikan kepada kawan-kawan di weebly dan ifolio. Saya berharap melalui pembelajaran kali ini, ianya dapat membantu saya terutamanya dalam memudahkan pembelajaran saya. 
Sekian, terima kasih. 



Refleksi minggu kelima


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu kelima ini, kami telah dibahagikan tajuk oleh Dr. Siti Fatimah untuk pembentangan dalam kumpulan. Kumpulan saya, telah diberi tugasan yang bertajuk original and licening software and open source software. Kami akan cuba untuk cari maklumat yang terbaik dan tepat untuk tugasan ini dan saya dan ahli kumpulan saya berharap dapat membuat pembentangan dengan baik.
Sekian, terima kasih. 


Refleksi minggu keenam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu keenam ini, Dr Siti Fatimah memperkenalkan kami dengan istilah "CASPER". 

  • ·    Konsep CASPER
    ·     Prinsip CASPER
Apa itu CASPER ?? 

C   :   Contrast 
A   :  Alignment 
s    :  Simplicity
P    :  Proximity 
E    :  Emphasis
R   :  Repetition

 
Sekian, terima kasih

Refleksi Minggu Ketujuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu ketujuh ini kami sedang menikmati cuti mid sem sambil  menyiapkan assignment yang diberi oleh para pensyarah.
Sekian, Terima kasih.

Refleksi Minggu Kelapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada refleksi saya pada minggu kelapan ini, menganalisis data berdasarkan soal selidik yang telah dibina. Seterusnya kami satu kumpulan menganalisis data mengenai soal selidik yang telah kami kongsikan di forum GE1155. Soal selidik ini dikongsikan atas talian dan jawapan respondan yang menjawab soal selidik berikut akan terkumpul dalam google drive kami. Jawapan yang kami perolehi merupakan data untuk dianalisis untuk membina sebuah laporan. 
Sekian, terima kasih.

Refleksi Minggu Kesembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu kesembilan ini, kami dikehendaki membuat laporan berdasarkan soal selidik mengenai kajian yang kami lakukan berkaitan Perisian Asli dan Berlesen dan Perisian Sumber terbuka. Berdasarkan laporan kajian yang telah kami bina, kami telah memperolehi pengalaman dan pengetahuan bagaimana ingin menyiakan satu laporan berdasarkan soal selidik yang dijalankan melalui atas talian. Laporan kajian terdiri daripada pengenalan, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian dan juga rumusan kajian. Selain itu, kumpulan kami juga telah mempunyai kemahiran bagi mengurai carta pai graf berdasarkan analisis kajian.
Sekian, Terima kasih.

Refleksi Minggu Kesepuluh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu kesepuluh ini, kami dikehendaki untuk menukarkan persembahan PowerPoint Tugasan 3 (Pembelajaran Tentang ICT) ke dalam bentuk brosur. Brosur yang perlu dihasilkan adalah dalam format Microsoft Publisher (fail berformat *.pub) dan Microsoft Word (Fail berformat .doc).  Jadi, 2 brosur yang sama tetapi berformat berbeza telah saya hasilkan.
Saya merasakan sedikit sukar untuk melakukan tugasan minggu ini kerana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.
Sekian, terima kasih.

Refleksi Minggu Kesebelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu kesebelas ini, kami diminta untuk membincangkan elemen-elemen multimedia di forum weebly. Seterusnya, kami sekumpulan berbincang mengenai story board dan skrip untuk menghasilkan sebuah video berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh Dr Siti Fatimah iaitu perisian asli dan berlesen dan perisian sumber terbuka. Ini merupakan pengalaman pertama buat ahli kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah video tentang pelajaran komputer. Tugasan ini memberikan cabaran kepada kumpulan kami. Tetapi, hasil tunjuk ajar pensyarah dan semangat ahli kumpulan, kami mengetahui cara bagaimana untuk menghasilkan sebuah video.
Sekian, terima kasih.

Refleksi Minggu Kedua Belas
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu kedua belas ini, kami diminta untuk menghasilkan sebuah video berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan oleh semua ahli kumpulan. Kami menghasilkan video berdasarkan tajuk Perisian Asli dan berlesen dan perisian sumber terbuka. Penghasilan video kami berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan oleh kami semua pada minggu sebelum ini. Kami mengintergrasikan elemen audio dan teks dalam pembangunan video tersebut . Ini merupakan tugasan yang paling mencabar bagi kumpulan kami kerana sebelum ini kami tidak pernah menghasilkan video.
Sekian, terima kasih.

Refleksi Minggu Ketiga Belas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Pada minggu ketiga belas ini, Dr. Siti Fatimah menyuruh kami untuk menyiapkan tugasan yang masih belum selesai.

Refleksi Minggu Keempat Belas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Muhammad Nazreen bin Zaiyunan. Alhamdulillah, selesai sudah kelas untuk semester ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Siti Fatimah yang telah banyak mengajar saya dan rakan-rakan. Meskipun semester pertama merupakan satu semester permulaan bagi saya, tetapi ianya adalah pengalaman yang pastinya menjadi titik perubahan yang menjadikan saya sebagai penuntut professional dalam bidang ini. Semoga apa yang dipelajari dan dikongsi dapat digunakan untuk semester-semester yang akan datang. insyaallah

 




Powered by Create your own unique website with customizable templates.